Berita UtamaDunia
AS catat lebih 60,000 kes 5 hari berturut-turut
Negara paling terjejas, 1,051 kematian direkod dalam 24 jam
WASHINGTON, 12 Zulhijjah 1441H, Ahad – Sebanyak 61,262 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam.
Menurut Johns Hopkins University, jumlah berkenaan adalah kali kelima berturut-turut dengan lebih 60,000 jangkitan harian direkodkan.
Pada masa sama, sebanyak 1,051 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
AS muncul sebagai negara paling teruk dilanda di dunia akibat COVID-19 apabila mencatatkan lebih daripada 4.6 juta kes dengan 154,319 kematian setakat ini.
California pada Sabtu merekodkan tambahan 179 kematian menjadikan jumlah korban keseluruhan akibat COVID-19 sebanyak 6,843. – Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.