Berita UtamaDunia

Kuwait tangguh penerbangan ke 31 negara

Lapangan terbang Kuwait hanya beroperasi sekitar 30 peratus

DUBAI, 12 Zulhijjah 1441H, Ahad – Kuwait telah menangguhkan penerbangan komersial ke 31 negara sehingga tempoh diberitahu, berikutan bimbang risiko penularan wabak COVID-19 – apabila lebih 17 juta kes seluruh dunia dilaporkan setakat ini.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam berkata, negara-negara berkenaan termasuk India, Pakistan, Filipina, Lubnan dan Sri Lanka yang mempunyai ramai ekspatriat di Kuwait.

Malah, senarai itu juga merangkumi China, Iran, Brazil, Mexico, Itali dan Iraq.

Larangan itu diumumkan pada hari sama Kuwait memulakan semula sebahagian penerbangan komersial.

Selain itu, pihak berkuasa berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait hanya akan beroperasi sekitar 30 peratus bermula Sabtu, secara berperingkat sehingga beberapa bulan akan datang.

Syarikat penerbangan nasional Mesir EgyptAir turut mengumumkan akan menghentikan penerbangan ke negara Teluk.

Kuwait mencatatkan hampir 67,000 kes COVID-19 dengan lebih 400 kematian.

Negara itu memulakan rancangan lima fasa pada awal bulan Jun, dengan melonggarkan sekatan secara berperingkat bagi mengekang penularan virus.

Bagaimanapun, perintah berkurung akan tetap diteruskan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close