Berita UtamaDunia

Polis Israel tangkap pegawai kanan Palestin

Gabenor Palestin ditahan selama tiga kali termasuk bulan April, Mei

BAITULMAQDIS, 12 Zuhijjah 1441H, Ahad – Polis Israel menangkap pegawai kanan Palestin atas alasan beliau menyertai demonstrasi penahanan beberapa pemimpin Palestin.

Pemimpin yang ditahan termasuk Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Ghaith dan beberapa pegawai tinggi lain dari Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah).

Menurut saksi, polis Israel telah menahan setiausaha gerakan Fatah di Baitulmaqdis, Shadi Mutawar di luar mahkamah, lokasi sama di mana Adnan telah bertembung dengan hakim Yahudi pada Khamis.

Mahkamah melanjutkan tempoh penahanan Adnan selama lima hari lagi, kononnya sebagai alasan memberi lebih banyak masa kepada polis Israel untuk sesi soal siasat

Adnan dan beberapa pegawai Palestin lain telah ditahan selama dua minggu berturut-turut.

Sebelum ini, polis Israel menahan Adnan dan beberapa rakannya pada minggu lalu, dalam serbuan di rumahnya di Silwan, Baitulmaqdis.

Ini adalah kali ketiga Gabenor Palestin ditahan oleh Israel tahun ini. Adnan pernah ditangkap sementara pada bulan April dan Mei lalu.

Pegawai Palestin telah ditangkap beberapa kali kerana menghalang penjualan rumah dan tanah Palestin kepada penduduk haram Yahudi, menurut pegawai Israel.

Pada masa sama, pengganas Israel turut bertindak biadab apabila menculik beberapa rakyat Palesin dalam serangan di Tebing Barat yang diduduki serta di Baitulmaqdis Timur, pada malam Rabu.

Lebih daripada 7,000 rakyat Palestin dilaporkan ditahan di penjara Israel.

Ratusan tahanan Palestin ditahan dibawah tahanan pentadbiran, di mana mereka ditahan tanpa sebarang perbicaraan atau tuduhan.

Lebih teruk, ada di kalangan tahanan pentadbiran ditahan sehingga sebelas tahun.

Tahanan Palestin kerap melakukan mogok lapar sebagai tunjuk perasaan terhadap dasar penahanan pentadbiran dan kekerasan dialami ketika berada di dalam penjara Israel. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close