Berita UtamaIstimewa

Sejak bila Ketuanan Melayu sama seperti Zionisme, Nazi Hitler?

Khalid rasa Ketuanan Melayu perlu dihapus kerana dianggap 'sesat'?

BANGI, 12 Zulhijjah 1441H, Ahad – Orang Melayu sudah membuktikan mereka sebuah bangsa yang sangat bertoleransi walaupun sudah sekian lama hidup dengan Ketuanan Melayu.

Demikian bidas Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa Ketuanan Melayu sealiran dengan fahaman sesat.

Terdahulu, menerusi akaun Twitter, Khalid menggesa supaya menolak ketuanan bangsa yang mana katanya, ‘kedudukan istimewa’ bukan ‘ketuanan’.

“‘Ketuanan Yahudi’ menghasilkan ‘Zionisme’. ‘Ketuanan Aryan’ menghasilkan ‘Nazi’ Hitler. ‘Ketuanan Kulit Putih’ menghasilkan ‘White Supremacist’ Trump.

“‘Ketuanan Melayu’ sealiran dengan tiga fahaman sesat ini. Tolak Ketuanan bangsa! ‘Kedudukan Istimewa’ bukan ‘Ketuanan’,” tulis beliau.

Mengulas tuduhan itu, Haji Aminuddin dalam satu kenyataan mengingatkan Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk tidak memburuk-burukkan bangsa sendiri hanya kerana ‘mileage’ politik.

Beliau tidak faham faedah Khalid mengeluarkan kenyataan liar sebegini.

“Tidak ada angin, tidak ada ribut. Biasanya apabila duduk saja-saja sambil bosan-bosan semasa cuti dan membuat luahan sebegini datang dari suatu perasaan dan emosi yang menebal dan terpendam lama.

“Apa yang terbuku di dalam Khalid terhadap Ketuanan Melayu sebenarnya? Apakah Khalid merasakan Ketuanan Melayu perlu dihapuskan kerana dianggap ‘sesat’ sebagaimana aliran sesat lain?

“Sejak bila Ketuanan Melayu itu sama seperti Zionisme, Nazi Hitler dan White Supremacist Trump? Sejak bila orang Melayu memahami Ketuanan Melayu sebegitu rupa?,” soal Haji Aminuddin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close