Berita UtamaDunia

Tiada kes COVID-19 babitkan jemaah haji

Jumlah kes baharu menurun, 1,573 jangkitan dalam 24 jam

RIYADH,12 Zulhijjah 1441H, Ahad – Arab Saudi mencatatkan 12 lagi kematian, sekali gus menjadikan angka kematian harian akibat COVID-19 di negara itu makin menurun.

Pada masa sama, jumlah kes baharu yang diumumkan Kementerian Kesihatan juga berkurangan, dengan 1,573 jangkitan dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 102 kes baharu direkodkan di Riyadh, 89 di Makkah, 72 lagi di Dammam, diikuti 55 kes di Madinah.

Selain itu, jumlah kes pulih turut meningkat menjadi 237,548 orang termasuk 1,890 kes pulih baharu. Manakala, 2,887 kematian dicatatkan di Arab Saudi.

Setakat ini, tiada laporan jangkitan COVID-19 membabitkan jemaah pada hari keempat umat Islam menunaikan haji.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr Muhammad Al-Abdali, mengesahkan tiada kes COVID-19 dalam kalangan jemaah haji. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close