Berita Utama

2 kes hari ini

Tiada kes import yang dapat jangkitan dari luar negara

PUTRAJAYA, 13 Zulhijjah 1441H, Isnin – Dua kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, iaitu kes penularan dalam negara melibatkan rakyat tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, kes berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes positif Malaysia 9,001 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 208 kes.

“Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan hari ini. Perincian kes penularan di dalam negara COVID-19 adalah di Kedah satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga dan di Wilayah Persekutuan Labuan satu kes iaitu saringan rawak di lapangan berkaitan pelajar kolej,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button