Berita Utama

Dakwa ditindas, tular kempen beli produk orang Cina?

'Jika orang Cina tak sokong Cina, kita akan kehilangan kedudukan'

BANGI, 13 Zulhijjah 1441H, Isnin – Tular di media sosial video mempromosikan kempen ‘Buy Chinese First’ yang mengajak orang Cina menyokong produk dan jenama milik mereka di Malaysia.

Video berdurasi 1 minit 23 saat itu memaparkan produk yang dikendalikan oleh pengusaha berbangsa Cina seperti the Manhanttan Fish Market, Munchy’s, Farm Fresh, Bonia, serta Secret Recipe.

Turut dimaklumkan siapa pengasas jenama berkenaan serta jumlah cawangan yang berada di seluruh negara.

“Lima jenama milik orang Cina Malaysia yang anda tidak tahu. The Manhanttan Fish Market diasaskan pada 2002 oleh George Ang. Dalam masa empat tahun ia membuka enam cawangan dan kini mempunyai 72 cawangan. Kini sudah berkembang ke luar negara.

“Munchy’s adalah jenama yang dikenali ramai. Diasaskan pada 1991 oleh adik beradik SK tan dan LK tan. Produk mereka dijual lebih dari 50 buah negara.

“Farm fresh adalah satu-satunya syarikat produk tenusu yang diasaskan oleh orang Cina Malaysia. Ia boleh didapati di kebanyakan pasar raya. Diasaskan pada 2009 oleh Looi Tuan Ee.

“Dalam masa singkat ia menjadi salah satu jenama tenusu kegemaran rakyat Malaysia. Bonia diasaskan pada 1974 oleh Chiang Sang Sem. Ia adalah salah satu jenama fesyen Malaysia. Kini ia adalah antara jenama fesyen antarabangsa yang dikenali,” kata video itu.

Video itu turut berkongsikan pengasas Secret Recipe iaitu Datuk Steven Sim yang kini katanya mempunyai 440 cawangan di seluruh dunia.

Susulan memperkenalkan jenama terkenal berkenaan, video itu mendakwa kononnya sumbangan orang Cina kepada Malaysia sangat signifikan, namun dakwanya mereka selalu ditindas.

“Untuk memastikan kita orang Cina bertambah kuat, kita mesti menyokong produk dan jenama milik orang Cina Malaysia. Kalau orang Cina pun tidak menyokong orang Cina maka kita akan kehilangan kedudukan kita. ‘Buy Chinese First’,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button