Berita UtamaDunia

Indonesia rekod 109,936 kes dan 5,193 kematian

1,560 kes baharu, 62 korban dilaporkan dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 13 Zulhijjah 1441H, Isnin – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936 kes setelah 1,560 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id, sebanyak 57,816 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari kelmarin sehingga 12 tengah semalam, sebanyak 62 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,193 orang.

Dalam tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu 368 kes, diikuti Jawa Timur (235), Jawa Tengah (143) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Bagi tempoh berkenaan juga, 21 lagi kematian berlaku di Jawa Timur, manakala di Jawa Barat sebanyak 13 kematian, Jakarta (12 kematian) dan selebihnya di wilayah lain. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button