Berita UtamaDunia

Kerajaan tiada visi, Menteri Luar Lubnan letak jawatan

Nassif gesa ahli politik bersatu demi kepentingan nasional negara

BEIRUT, 13 Zulhijjah 1441H, Isnin – Menteri Luar Lubnan meletak jawatan hari ini, menjadikannya sebagai menteri Kabinet pertama berundur di tengah-tengah krisis ekonomi dan kewangan yang melanda negara itu.

Nassif Hitti menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri. Beliau dilantik menjadi Menteri Luar pada Januari lalu di bawah pemerintahan Perdana Menteri Hassan Diab.

Nassif dilaporkan tidak menyenangi prestasi pemerintah, selain kurangnya tindakan terhadap reformasi yang dijanjikan.

Beliau menegaskan bahawa punca meletakkan jawatan adalah kerana kerajaan tiada visi untuk masa depan Lubnan.

“Tiada kemahuan untuk melaksanakan struktur reformasi seperti diminta masyarakat antarabangsa,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa Lubnan kini berubah menjadi negara yang gagal, selain menggesa ahli politik bersatu demi kepentingan nasional negara itu.

“Jika tidak, kapal akan tenggelam bersama semua orang yang berada di dalamnya,” katanya.

Media tempatan turut melaporkan bahawa Nassif berang dengan tindakan Hassan yang mengkritik Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian ketika lawatannya ke Beirut bulan lalu.

Hassan berkata, Le Drian ‘tidak membawa sesuatu yang baharu’, namun tidak menerangkan secara terperinci pembaharuan yang dilaksanakan oleh pemerintah Lubnan.

Pengunduran Nassif adalah tamparan hebat bagi Hassan di mana, beliau telah berjuang untuk melaksanakan reformasinya di tengah-tengah krisis kewangan yang belum pernah terjadi sebelum ini, selain terpaksa berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close