Dunia

Kes COVID-19 di India cecah 1.8 juta, 38,000 kematian

Negara ketiga tertinggi, kadar pemulihan juga meningkat 65.8 peratus

NEW DELHI, 13 Zulhijjah 1441H, Isnin – Jumlah kes jangkitan COVID-19 di India mencecah lebih 1.8 juta setakat hari ini, menurut data Kementerian Kesihatan negara itu. 

Difahamkan, angka terkini kes jangkitan sudah mencecah 1,803,695 dengan 38,135 kematian direkodkan. 

Bukan hanya membabitkan rakyat, wabak pandemik berkenaan turut menjangkiti pemimpin negara termasuk Ketua Menteri Karnataka, BS Yediyurappa dan Menteri Dalam Negeri, Amit Shah. 

Majlis Penyelidikan Perubatan India dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 20,202,858 sampel di negara itu diuji, dengan 381,027 sampel diambil setakat semalam.

 Jumlah kes tertinggi dilaporkan di negeri- negeri seperti Tamil Nadu, Maharashtra dan Delhi. 

Bagaimanapun, kadar pemulihan di India terus meningkat dan kini berada pada tahap 65.8 peratus, menurut Kementerian Kesihatan.

India adalah negara ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil yang mempunyai kes COVID-19.

Lebih 18 juta kes COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 688,000 kematian direkodkan, menurut angka Johns Hopkins University yang berpangkalan di AS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close