Berita UtamaPendapat

Kes kematian Allahyarham Adib hampir dilupakan…

Mahkamah putuskan kes Adib ada elemen bunuh, tapi dinafikan polis

SAMPAI saat saya menulis ini, akhbar-akhbar utama masih lagi bercerita mengenai kes Datuk Seri Tun Najib Tun Razak.

Ada yang bersorak kegembiraan, ada yang meratap kesedihan. Ramai juga yang tidak ambil kisah.

Ada juga suara-suara yang mempertikaikan keputusan mahkamah, walaupun sebelum ini mereka menganggap mahkamah itu adalah tempat tertegaknya keadilan dan tidak ada campur tangan politik dalam membuat keputusan.

Saya tidak hairan jika kes Datuk Seri Najib ini menjadi hangat sebegini kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri.

Namun, kes ini masih dalam proses rayuan dan kita tunggu sahajalah sehingga ianya selesai. Apa-apa pun keputusannya nanti, rakyat perlu terima dengan dada yang terbuka.

Namun, ada satu sudut yang terpencil di sana terdapat satu kes yang hampir dilupai, iaitu kes Kematian Allahyarham Adib.

Kes ini berkaitan kematian seorang pegawai bawahan kakitangan kerajaan.

Beliau bukan seorang ahli politik, bukan seorang menteri mahupun pemimpin.

Beliau tidak dikenali ramai, tidak mempunyai ramai pengikut, keluarganya bukan orang berada, tetapi beliau sanggup berkorban nyawa dalam melaksanakan tugasnya menyelamatkan manusia lain.

Allahuakbar, besarnya pengorbanan beliau.

Walaupun mahkamah telah memutuskan bahawa ada elemen pembunuhan, tetapi pihak polis sendiri menafikannya.

Pelik, tetapi itulah yang telah berlaku. Di satu pihak, rakyat diminta percaya pada mahkamah tetapi di satu pihak yang lain pula seolah-olah mahu menghilangkan kepercayaan rakyat kepada institusi kehakiman.

Mungkin suasananya akan berbeza jika Allahyarham Adib seorang yang ternama, seorang hartawan mahupun seorang cendekiawan.

Tetapi itulah hakikat dunia; yang tersohor disanjung tetapi yang miskin sentiasa diketepikan.

Semoga masih ada yang membelamu, Adib !

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close