Berita UtamaDunia

Lebih 4.6 juta kes di Amerika Latin

Venezuela catat 800 kes harian, perintah berkurung diteruskan

CARACAS, 13 Zulhijjah 1441H, Isnin – Sebanyak 800 kes harian terbaharu COVID-19 telah direkodkan di Venezuela, menjadikan jumlah kes di negara itu melebihi 20,000.

Kerajaan Caracas telah melaksanakan perintah berkurung di negara itu yang kini dilaporkan mempengaruhi sektor ekonomi.

Para pakar turut memberi amaran bahawa wabak itu berada pada fasa paling agresif.

Migran yang kembali ke Venezuela wajib dikuarantin selama 14 hari di pusat perlindungan di sempadan, dan bukannya di negara asal mereka.

Negara Amerika Latin sedang melalui fasa genting dimana penduduk meragui sekiranya langkah-langkah kesihatan yang dilaksanakan kerajaan akan dapat menghalang penularan COVID-19.

Amerika Latin kini telah berubah menjadi medan perang utama bagi melawan wabak itu daripada terus merebak.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Seunia (WHO), seramai 4.6 juta orang setakat ini telah dijangkiti virus itu di Amerika Latin. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button