Pendapat

Mengapa liberal burukkan jabatan agama?

Dakwa program Mukhayyam guna 'electroshock therapy' bantu transgender

PERHATIKAN bagaimana kumpulan berfikiran liberal konsisten memburukkan usaha yang dilakukan oleh Jabatan Agama untuk memperbaiki isu LGBT. Mereka menyifatkan program Muhkayyam anjuran Jabatan Agama sebagai menghalang hak asasi kemanusiaan.

2. Apa yang lebih menyedihkan, terpapar di poster mereka bahawa program Mukhayyam anjuran Jabatan Agama ini menggunakan teknik ‘electroshock therapy’ sebagai salah satu mekanisme untuk membantu golongan trangender. Adakah benar Jabatan Agama menggunakan teknik ‘electroshock’ kepada golongan Mak Nyah ini? Atau adakah ini satu fitnah untuk memburukkan Jabatan Agama atau JAKIM?

3. Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAKIM, program Mukhayyam ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011 lagi di mana modul bimbingan bagi menyantuni golongan LGBT telah dibangunkan. Golongan ini telah disantuni oleh JAKIM dengan pelbagai aktiviti bagi mendekatkan mereka dengan Islam.

Berita berkenaan aktiviti Mukhayyam JAKIM ini dilaporkan di dalam Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/node/69741

4. Program anjuran JAKIM ini pada dasarnya membantu dalam menangani peningkatan pesakit HIV/AIDS yang dilaporkan semakin meningkat di kalangan transgender seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Anehnya golongan seperti Nicole ini tidak putus-putus memburukkan institusi agama dengan menyifatkan mereka menghalang hak asasi manusia untuk menjadi LGBT atau trangender.

6. Kemunculan kumpulan liberal seperti ini mestilah ditangani. Mereka membiak pesat memburukkan Jabatan Agama didalam media sosial yang banyak disertai oleh anak-anak muda kita seperti di Twitter.

7. Mari bersama bantu Jabatan Agama menangani isu ini dengan menyokong JAKIM dan seluruh Jabatan Agama dengan menyebarkan info yang sebenar. Fahamkan anak muda kita bahawa pemikiran liberal dalam agama meruntuhkan asas yang telah dibangunkan oleh Rasulullah. Ajarkan kepada mereka bahawa Allah melarang keras lelaki menyerupai wanita begitu juga sebaliknya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button