Dunia

Konvoi ketiga 20 trak bantuan masuk Gaza

Bantuan makanan, air dan bekalan perubatan dari Mesir

GAZA, 9 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Konvoi ketiga 20 trak bantuan memasuki persimpangan Rafah dari Mesir ke Semenanjung Gaza yang dikepung pada Isnin, menurut jurucakap Palestin di terminal itu.

“20 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza melalui persimpangan Rafah,” kata Wael Abu Mohsen kepada agensi berita Anadolu.

Agensi berita Mesir, MENA turut mengesahkan bahawa konvoi ketiga trak bantuan memasuki terminal ke Gaza.

Katanya, trak itu membawa muatan bantuan bahan makanan, air, ubat-ubatan dan bekalan perubatan lain.

“10 trak bantuan lain sedang disediakan,” kata MENA.

Terdahulu, dua konvoi 34 trak bantuan telah pun memasuki Gaza dari Mesir sejak dua hari lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Semenanjung Gaza memerlukan kira-kira 100 trak bantuan setiap hari untuk menangani keperluan kemanusiaan yang semakin meningkat di wilayah itu.

Ini selepas tentera pengganas Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu

Serangan ganas Israel menyebabkan 2.3 juta penduduknya berada di bawah kepungan dan berdepan sekatan bekalan makanan, bahan api serta perubatan.

Sehingga kini, lebih 5,000 rakyat Palestin di Gaza syahid akibat serangan ‘ganas’ rejim.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button