Berita Utama

Ambiga Pengerusi SPR? Tolak mereka tak perjuang Islam, Melayu

Individu tidak pertahan teras Malaysia tak layak pegang jawatan

BANGI, 14 Zulhijjah 1441H, Selasa – Mana-mana individu yang tak memperjuangkan teras Malaysia, tidak layak memegang sebarang jawatan dalam agensi dan institusi negara, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim.

Kenyataan beliau itu merujuk desas-desus bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga akan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Sinar Harian melaporkan, Ambiga secara ringkas menafikan mengenai dakwaan pelantikan itu.

“Adakah secara tiba-tiba pokok bergoyang tanpa ditiup angin?

“Seorang yang tidak memperjuangkan teras negara ini iaitu keagungan agama Islam, keistimewaan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak layak memegang apa-apa jawatan dalam agensi dan institusi negara,” kata Omar Kassim.

Beliau menegaskan, sebagaimana penolakan terhadap pelantikan individu anti-Islam, Eric Paulsen, begitu juga akan dibuat kepada Ambiga.

“Sebagaimana Eric Paulsen ditolak, Ambiga juga jika cuba dicadangkan (Ambiga) akan dibantah keras,” katanya.

Kerusi Pengerusi SPR kini kosong berikutan penyandangnya, Datuk Azizan Azhar Harun meletak jawatan dan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button