Berita Utama

Lagi sekolah SJK kibar Jalur Gemilang terbalik

Akhbar Cina, Sin Chew Daily lapor kejadian berlaku di Klang

BANGI, 14 Zulhijjah 1441H, Selasa – Tular di media sosial sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK) menggantung bendera Jalur Gemilang secara terbalik.

Seorang netizen dikenali sebagai Ahmad Zamri Ayub yang memuat naik sekeping gambar memaparkan, bendera Malaysia digantung terbalik memohon pihak polis mengambil tindakan segera.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di Klang, Selangor.

“Bendera terbalik di SJKC Pui Ying, Klang. Pekerja sekolah tersalah gantung Jalur Gemilang terbalik. Pihak sekolah: Tidak menghina Jalur Gemilang,” lapor akhbar berkenaan, hari ini.

Sebelum ini, kejadian bendera Malaysia dipasang terbalik di berlaku di SJK di Kluang sebelum kedudukannya dibetulkan semula.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya membuat siasatan sebaik sahaja dimaklumkan.

“Hasil siasatan di sekolah berkenaan, pagi tadi mendapati insiden berkenaan berikutan kerani tersilap menaikkan bendera dan ia tidak disedari.

“Namun ia sudah dibetulkan selain nasihat sudah diberikan supaya pihak sekolah lebih berhati-hati selepas ini, ” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Gambar kejadian itu tular sejak malam tadi dan didakwa dikesan 4.30 petang semalam oleh orang awam yang melalui di hadapan sekolah berkenaan.

Aduan dan teguran dibuat menerusi akaun Facebook sekolah terbabit, namun sehingga 9 malam tadi bendera berkenaan tidak dibetulkan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button