Berita Utama

Pejabat Al Jazeera diserbu: Bukit Aman

Dipercayai bagi lengkapkan siasatan dokumentari Julai lepas

KUALA LUMPUR, 14 Zulhijjah 1441H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu pejabat agensi media antarabangsa, Al Jazeera dipercayai bagi melengkapkan siasatan berhubung dokumentari yang dimuat naik awal Julai lepas.

Tanpa mendedahkan lokasi pejabat Al Jazeera, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan serbuan berkenaan dilakukan pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

“Ya, sepasukan USJT (Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) bersama pasukan SKMM telah menyerbu bagi meneruskan siasatan kes ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani penularan COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button