Berita Utama

Aman Palestin sasar RM2 juta bantu mangsa bencana di Lubnan

Bantuan kecemasan awal 3 buah van ambulans dan AS$100,000

BANGI, 15 Zulhijjah 1441H, Rabu – Aman Palestin Bhd melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Lubnan dengan menyasarkan RM2 juta bagi membantu penduduk negara itu yang terkesan akibat letupan gudang di pelabuhan Beirut, semalam.

Beirut kini diisytihar darurat selama dua minggu – selepas berlaku letupan besar di seluruh bandar, membunuh lebih 100 orang dan mencederakan kira-kira 4,000 yang lain.

Rakaman video menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota.

Akibat letupan itu, banyak bangunan di ibu kota musnah dengan tingkap kediaman berkecai dan siling runtuh.

Serentak itu, Aman Palestin telah memberi bantuan kecemasan awal – tiga buah van ambulans yang sedia ada serta AS$100,000.

Aman Palestin dalam satu kenyataan berkata, letupan di Beirut mengingatkan kita akan betapa dahsyatnya hari akhirat kelak.

“Letupan berkenaan adalah peringatan Allah SWT yang ditayangkan secara realiti di hadapan mata kita menerusi kemampuan teknologi terkini.

“Beginilah mungkin kuatnya gegaran dan paniknya suasana hari tersebut. Sudah tentu, bagi mereka yang mengambil peringatan dan kepedulian, mereka akan segera kembali kembali keagungan Tuhan Rabbul Jalil dan berasa kerdil dengan kekuasaanNya.

“Doa dan air mata kita panjatkan semoga Allah mengurniakan kekuatan buat saudara-saudara kita di sana,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menyumbang dana Bantuan Kecemasan Lubnan boleh berbuat demikian menerusi pautan Billplz: billplz.com/aptemerloh

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Aman Palestin Berhad: Bank Islam: 12029010047880 ; Maybank: 562263010787 ; CIMB: 8600460353 atau menghubungi talian 019-3357019 (Ustaz Nu’man) untuk maklumat lanjut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close