Berita UtamaDunia

Banjir di Sudan musnah ribuan rumah penduduk

Penduduk terjejas meningkat, risiko berlaku wabak penyakit

DUBAI, 16 Zulhijjah 1441H, Khamis – Hujan lebat dan banjir kilat yang kerap berlaku sepanjang minggu ini memusnahkan ribuan kediaman serta menjejaskan mata pencarian penduduk, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata, hujan menyebabkan kerosakan pada rumah dan infrastruktur, terutama di kawasan yang teruk dilanda seperti Khartoum, Nil Biru dan Sungai Nil.

Ramai penduduk dipindahkan susulan bencana itu.

Selain itu, hujan lebat juga menghambat pengeluaran tanaman dan meningkatkan wabak penyakit.

“Jumlah penduduk yang terjejas dijangka meningkat,” kata OCHA, menunjukkan bahawa 400,000 rakyat terjejas sepanjang musim tahun lalu.

Sudan kerap dilanda hujan lebat antara bulan Jun dan Oktober. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button