Berita Utama

Guan Eng ditahan, didakwa esok

Pertuduhan berkait kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 16 Zulhijjah 1441H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sumber SPRM ketika dihubungi Bernama mengesahkan Guan Eng ditahan pada kira-kira 9.30 malam tadi selepas diambil keterangan berhubung kes berkenaan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Sementara itu, kenyataan SPRM menyebut Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta di sini pada 9 pagi esok mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurut kenyataan itu, Guan Eng juga akan didakwa pada 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mendapat izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa Guan Eng bagi kes berlainan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button