Berita Utama

Keputusan ralat jika tak ikut prosedur

Kadar postif COVID-19 hanya 0.96 peratus guna RT-PCR

KUALA LUMPUR, 16 Zulhijjah 1441H, Khamis – Sekiranya ujian di makmal ketika proses saringan COVID-19 tidak dilaksanakan mengikut prosedur, keputusan ralat akan diperoleh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kadar positif wabak berkenaan di negara ini hanya sebanyak 0.96 peratus, menggunakan ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

Pada masa sama, Adham berkata, pihaknya turut menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen, dengan ketepatan mencukupi dan berupaya memberi keputusan dalam tempoh singkat.

Katanya, untuk RT-PCR, interpretasi yang salah boleh berlaku sekiranya makmal tidak ikut prosedur sebenar seperti jika kita kesan satu gen sahaja, seeloknya ia tidak boleh dianggap atau diandaikan keputusan positif.

“Ia perlu dibuat semula, calitan sekali lagi untuk dapatkan yang kedua iaitu gen pengesahan dipanggil RDRP (RNA dependent RNA polymerase).

“Baru kita boleh anggap ia sebagai positif. Setakat yang kita laksanakan termasuk di Sarawak dan Kedah, sebanyak 9,003 kes dikesan positif.

“Ia reliable (boleh dipercayai) buat masa ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tambahan Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) mengenai klasifikasi kes positif menggunakan ujian RT-PCR bagi mengelak tanggapan segelintir pihak bahawa Malaysia menyembunyikan perangkaan sebenar wabak COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button