Berita Utama

UMNO tak boleh ‘move on’ jika ada pemimpin pentingkan diri

Jangan pandang ringan perasaan akar umbi: Puad

BANGI, 25 Rejab 1445H, Selasa – UMNO memang wajib untuk ‘move on’ atau bergerak ke hadapan, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu bagaimanapun berkata, parti berkenaan tidak boleh ‘move on’ sekiranya ada pemimpin yang mementingkan diri.

“… asalkan dia selamat dan tidak diganggu. Sebab itu jangan pandang ringan perasaan akar umbi. Jika mereka berkecil hati dan membuat protes senyap, parti tidak boleh ‘move on’.

“UMNO tidak perlu pemimpin ‘Raja Formula’, hanya untuk dia sahaja yang bangkit tetapi bukan untuk partinya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Puad turut menyindir pemimpin parti yang tidak langsung bersuara untuk membela Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“UMNO tidak perlu pemimpin raja formula. Formula hanya untuk dia sahaja yang bangkit tetapi bukan untuk partinya yang bangkit.

“Ada pemimpin bersuara pun tidak bila Najib tidak diberi perbicaraan adil dan bila Zahid dizalimi dengan pendakwaan terpilih. Dia benefisiari ketika UMNO susah,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta ahli-ahli parti akur serta menerima keputusan berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada masa sama, beliau berkata, semua ahli UMNO diminta bergerak ke hadapan dan menguatkan kembali parti itu serta meneruskan kerja-kerja kepada masyarakat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button