Berita UtamaDunia

Ribuan rakyat Mesir bekerja di Kuwait hilang pekerjaan

Sebilangan syarikat beritahu pekerja yang kontrak mereka ditamatkan

KAHERAH, 16 Zulhijjah 1441H, Khamis – Ribuan rakyat Mesir yang bekerja di Kuwait kehilangan pekerjaan selepas Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) negara itu menangguhkan penerbangan ke 31 negara berisiko tinggi termasuk Mesir.

Tindakan itu difahamkan sebagai sebahagian daripada usaha membendung penyebaran COVID-19.

Berikutan wabak coronavirus, ribuan rakyat Mesir pulang ke rumah, namun dengan penangguhan penerbangan antara kedua-dua negara, mereka tidak akan dapat kembali untuk bekerja.

Menurut laporan Al-Araby Al-Jadeed, sebilangan syarikat swasta Kuwait memberitahu pekerja bahawa kontrak mereka ditamatkan.

Sementara itu, seorang pegawai di Pihak Berkuasa Awam Kuwait untuk Tenaga Kerja berkata, hampir 340,000 ekspatriat meninggalkan negara itu susulan wabak berkenaan.

Beliau turut menambah sebahagian syarikat Kuwait meminta izin untuk merekrut pekerja baharu jika pekerja mereka tidak kembali.

Para pakar berkata, sebilangan ekspatriat yang meninggalkan negara ini ada menyewa rumah, sewa tertungak dan pinjaman bank yang perlu dilunaskan.

Hasilnya penyelesaian realistik perlu dicari untuk melindungi hak pekerja serta mereka yang mempunyai kontrak.

Hampir 518,843 rakyat Mesir bekerja di Kuwait. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close