Berita UtamaDunia

Turki bimbang kes harian naik lebih 1,000

Rakyat wajib pakai pelitup muka, elak penularan wabak COVID-19

ANKARA, 16 Zulhijjah 1441H, Khamis – Turki mencatatkan jumlah kes COVID-19 harian melebihi 1,000 sebanyak dua hari berturut-turut, sehingga semalam.

Perkara itu membimbangkan kerajaan Ankara, yang sebelum ini telah mengurangkan sebahagian besar sekatan yang dilaksanakan sejak kes pertama direkodkan pada bulan Mac.

Jumlah jangkitan direkodkan semakin meningkat dengan lebih 5,000 kes setiap hari bermula April.

Bagaimanapun, selepas hampir sebulan kes harian dicatatkan dalam lingkungan 900, Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca mengumumkan bahawa sebanyak 1,178 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Serentak itu, beliau menggesa rakyat mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan wabak meningkat..

“Kami bimbang dengan peningkatan jumlah kes, yang sebelumnya terbatas pada beberapa wilayah, kini merebak ke seluruh negara sejak akhir-akhir ini,” katanya pada hari Isnin, yang menyaksikan 995 kes disahkan.

Keesokan harinya (Selasa), Turki mencatatkan 1,083 jangkitan. Setakat ini, Turki merekodkan 236,112 jangkitan dengan 5,784 kematian.

Pemakaian pelitup separuh muka di khalayak diwajibkan di 48 daripada 81 wilayah Turki. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button