Berita Utama

Banteras pusat maksiat, ada tauke buka ‘curi-curi’ ketika PKP

Laksana semula Ops BAH, pantau pusat hiburan ada rekod buruk

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 17 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Hanya dengan mengembalikan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH), kegiatan pusat maksiat yang beroperasi secara ‘curi-curi’ ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dapat dibanteras. 

Ops BAH pernah dilaksanakan satu ketika dahulu, di mana turut membabitkan NGO-NGO Islam dalam menjayakan operasi pembanterasan maksiat di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya mendapati ada tauke-tauke pusat hiburan masih menjalankan kegiatan secara ‘curi-curi’ ketika fasa PKPP.

“Ini melangkaui isu SOP PKPP ataupun isu kesihatan (COVID-19), kerana pusat-pusat ini banyak merosakkan masyarakat kita selama ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. i

Sebelum ini, dilaporkan bahawa terdapat sebahagian besar premis hiburan di seluruh negara menjalankan aktiviti perniagaan meskipun kerajaan masih belum memberikan kebenaran meneruskan operasi mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, berdasarkan pemantauan yang dijalankan, ada sebahagian besar pemilik dan pengurusan pusat hiburan yang menjalankan aktiviti mereka secara haram.

Serentak itu, PEMBELA menggesa pihak berkuasa membuat pemantauan khas ke atas pusat hiburan di seluruh negara, khususnya premis menjual arak dan mempunyai ‘track record’ buruk membabitkan aktiviti maksiat, pelacuran dan dadah. 

“Pemantauan ini perlu supaya ekosistem aktiviti yang mendatangkan kerosakan kepada masyarakat seperti pusat hiburan dan penjualan arak dapat dibendung pada waktu PKPP.

“Ini masa terbaik bagi mengubah pelbagai perkara yang mungkin mustahil untuk diubah atau disentuh oleh kerajaan di luar fasa PKPP,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close