Berita Utama

Dr Mahathir tubuh parti baharu

Dukung dasar BERSATU seperti awal penubuhan

BANGI, 17 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan parti baharu yang belum dinamakan.

Beliau dilaporkan berkata, parti itu ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas serta berprinsip.

Katanya, parti baharu itu akan mendukung dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seperti mana di awal penubuhannya dulu.

“Bukan niat kami nak banyak sangat parti politik Melayu. Sudah ada UMNO, PAS dan BERSATU,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Mei lalu, Dr Mahathir bersama empat lagi digugurkan keahlian mereka daripada BERSATU.

Mereka yang lain ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close