Berita UtamaDunia

New Zealand longgar sekatan di Auckland mulai 15 Disember

Khas untuk penerima vaksin lengkap, keputusan ujian negatif

AUCKLAND, 12 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Susulan peningkatan kadar vaksinasi, sempadan domestik bandar terbesar New Zealand, Auckland, akan dibuka semula mulai 15 Disember depan.

Kelonggaran itu kepada individu yang menerima vaksin lengkap dan mereka yang mendapat keputusan ujian COVID-19 negatif, kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern.

“Penduduk Auckland telah berdepan sekatan untuk tempoh masa yang panjang bagi memastikan seluruh New Zealand selamat.

“Bagaimanapun dengan peningkatan kadar vaksinasi, sudah tiba masanya untuk membuka keupayaan melancong semula,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Auckland telah dipisahkan dari seluruh negara susulan wabak varian Delta COVID-19 pada bulan Ogos.

Ardern berkata, Kabinet akan mengesahkan keputusan untuk memindahkan Auckland dan seluruh negara kepada ‘sistem lampu isyarat baharu’ pada 29 November ini.

Keputusan itu akan menamatkan sekatan dan menggunakan penjarakan sosial serta langkah lain bagi mengehadkan penyebaran virus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button