Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 India melebihi 2 juta

607,384 kes aktif di pelbagai hospital seluruh negara

NEW DELHI, 17 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Kes COVID-19 di India melepasi angka dua juta pada Jumaat – mencecah 2,027,074 – lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan Persekutuan.

Sebanyak 62,538 kes baharu dikesan di negara ini dalam 24 jam terakhir. Sejumlah 886 orang meninggal dunia sejak Khamis, dengan jumlah korban kepada 41,585, menurut data kementerian.

Menurut data itu, 1,378,105 pesakit berjaya dirawat dan dikeluarkan dari hospital. Namun, masih terdapat 607,384 kes aktif di pelbagai hospital di seluruh negara.

Jumaat adalah hari kelapan berturut-turut apabila lebih 50,000 kes baharu didaftarkan di negara ini. Peningkatan mendadak ini terutama disebabkan oleh fokus pemerintah untuk meningkatkan pengujian sampel.

Berdasarkan data Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), sejumlah 22,788,393 sampel telah diuji hingga 6 Ogos, dengan 639,042 sampel diuji pada Khamis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button