Dunia

Kes pertama COVID-19 di kem Syria

Hanya pekerja kritikal dengan PPE saja dibenarkan berada dalam kem

DAMSYIK, 17 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Tiga pekerja kesihatan di kem penempatan timur Syria dijangkiti pandemik COVID-19, menurut Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Mereka adalah kes jangkitan pertama yang dilaporkan di kem Al-Hol – penempatan yang menempatkan puluhan ribu rakyat Syria termasuk keluarga militan IS. 

Wilayah yang dikawal Kurdish itu melaporkan 54 kes COVID-19 setakat ini. 

“Pada 3 Ogos, tiga pekerja kesihatan dilaporkan positif COVID-19 di kem Al-Hol. 

“Proses mengenalpasti kontak sedang dilakukan. Sebagai langkah berjaga-jaga, hanya kakitangan kritikal dengan peralatan perlindungan diri sahaja dibenarkan berada di dalam kem,” kata OCHA dalam kenyataannya. 

Seorang pegawai kesihatan mendakwa, tiga kakitangan yang dijangkiti itu bekerja dengan Bulan Sabit Merah di Al-Hol. 

“Kami bimbang wabak itu menular kepada penduduk di kem yang berkunjung ke klinik kesihatan,” katanya.

Setakat ini, kerajaan Syria mengesahkan 847 kes positif COVID-19, dengan 268 dilaporkan pulih dan 46 kematian.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button