Dunia

Letupan Beirut: 16 pekerja pelabuhan ditahan bantu siasatan

Puluhan mangsa dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan

BEIRUT, 17 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Pihak berkuasa Lubnan menahan 16 pekerja di Pelabuhan Beirut bagi membantu siasatan kes letupan besar yang menyebabkan 135 orang terkorban dan 5,000 yang lain cedera, lapor media tempatan. 

Badan Berita Nasional (NNA) negara itu melaporkan, pekerja terbabit ditahan sebagai sebahagian siasatan yang dilakukan pihak berkuasa sejak Selasa. 

Difahamkan, 16 pekerja dipanggil bantu siasatan termasuk pegawai dari lembaga eksekutif pelabuhan, pihak berkuasa kastam, pekerja penyelenggaraan dan kakitangan gudang No.12 – di mana letupan berlaku.

Letupan di Pelabuhan Beirut memusnahkan seluruh kawasan sekitar bandar yang menganggarkan kerugian sekitar AS$3 bilion hingga AS$5 bilion.

Setakat ini, puluhan mangsa masih dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan akibat daripada letupan berkenaan. 

Kerajaan Lubnan mengklasifikasi punca letupan daripada sejumlah besar amonium nitrat yang tersimpan di sebuah gudang di pelabuhan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Pihak berkuasa ketika ini menggesa orang ramai yang berada di kawasan letupan memakai pelitup muka dan sarung tangan kerana terdapat laporan mengenai gas beracun akibat letupan itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button