Berita Utama

Teruskan beku lesen jual arak, jangan tunduk desakan sesiapa

Apakah kerana keuntungan, nyawa manusia tidak bernilai?

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 17 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Kerajaan diingatkan tidak tunduk dan kekal pendirian mengikut perancangan asal – membekukan semua permohonan baharu dan pembaharuan lesen penjualan minuman keras di pusat bandar. 

Sebelum ini, lapan kumpulan perdagangan menuntut satu sesi pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berikutan keputusan pembekuan lesen penjualan arak di negeri itu. 

Lapan kumpulan itu adalah Persatuan Peniaga Arak dan Minuman Keras Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Persatuan Peniaga Ubat Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Hotel-hotel Malaysia dan Persatuan Peniaga Minuman Keras Bersekutu Malaya. 

Selain itu, Persekutuan Perdagangan Cina Malaysia, Persatuan Ku Su Shin, Gabungan Persatuan Peniaga Barang Pelbagai Malaysia dan Persatuan Perdagangan Barangan Teochew Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam kenyataan bersama, mereka mendakwa ramai ahli yang lesen minuman keras mereka akan tamat. 

“Kami tidak akan mempunyai pilihan selain beroperasi tanpa lesen jualan minuman keras untuk memastikan pekerja dan pembekal tetap bekerja.

“Tetapi dalam proses ini, kami akan terdedah kepada serbuan oleh pihak polis dan kastam,” katanya.

Berharap kerajaan tidak tunduk dengan desakan mereka, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, penjualan arak secara berleluasa dan terbuka telah banyak merosakkan masyarakat. 

“Bukan itu sahaja, berapa ramai yang sudah kehilangan nyawa, lebih teruk arak punca keruntuhan moral.

“Mereka ini sudah mendapat keuntungan berganda-ganda dari penjualan arak selama ini. Apakah kerana keuntungan, nyawa manusia tidak bernilai?,” katanya. 

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras, dan tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.

Annuar Musa mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close