Berita Utama

Ajaran Ayah Pin versi baharu didakwa bertapak di Lembah Klang

Pengarah Jawi janji laku siasatan berhubung dakwaan tersebut

KUALA LUMPUR, 19 Zulhijjah 1441H, Ahad – Ajaran sesat yang dikatakan menyerupai Ayah Pin didakwa mula bertapak di Lembah Klang.

Menerusi Facebook We Are All Firdaus Wong yang mendedahkan perkara itu, sebuah kuil beralamat di Puchong dikatakan menjadi lokasi penganut ajaran agama itu berkumpul.

Memetik perkongsian tersebut, kuil berkenaan didakwa menghimpunkan ajaran pelbagai agama termasuk Islam.

“Malah simbol-simbol agama di sana juga ada kaitan dengan fahaman pluralisme. Fahaman ini bercanggah dengan ajaran Islam. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya,” menurut perkongsian tersebut seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Perkongsian itu turut memaparkan beberapa keping gambar yang didakwa berkait dengan ajaran sesat tersebut.

Ia termasuk terdapat sekumpulan lelaki bersongkok dipercayai beragama Islam berkumpul dalam satu acara dalam kuil yang turut dihadiri penganut Buddha.

Dalam perkongsian sama, turut dipaparkan simbol agama Islam, Kristian dan lain-lain terdapat pada pintu masuk kuil berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail ketika dihubungi Sinar Harian hari ini memaklumkan pihaknya akan menyiasat berhubung dakwaan tersebut.

“Sehingga kini saya tidak menerima apa-apa laporan berhubung ajaran sesat ini, namun saya akan membuat semakan dengan Jabatan Penguatkuasaan Jawi.

“Sebarang perkembangan saya akan maklumkan kemudian, ” katanya ringkas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close