Berita Utama

Tahniah Pemuda ISMA gerak kempen pertahan Bukit Melaka

Kembalikan nama tempat diubah penjajah kepada nama asal!

BANGI, 19 Zulhijjah 1441H, Ahad – Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya mengucapkan tahniah kepada aktivis-aktivis Pemuda ISMA yang bertungkus-lumus melancarkan kempen ‘Tukar Nama Asal, Hapus Jejak Penjajah’ demi mempertahankan sejarah asal Bukit Melaka.

Pemuda ISMA di Melaka, hari ini berarak ke Bukit St Paul dan menaikkan kain rentang ‘Bukit Melaka’ sebagai simbolik menyokong cadangan pihak berkuasa untuk menukar nama tempat tersebut.

Sebelum ini, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bercadang menukar nama Bukit St Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka.

Pengurus Besarnya, Mohd Nasruddin Rahman berkata, usul berkenaan dibuat bagi mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan yang pada awalnya milik kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Tidak berpuas hati dengan cadangan itu, MCA Kota Melaka bertindak membantah sebarang percubaan untuk menukar nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka.

Naib pengerusinya, Datuk Ronald Gan berkata, Bukit St Paul harus kekal seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagaimanapun, Haji Aminuddin sekali lagi mempersoalkan kenyataan MCA itu sedangkan nama Bukit St Paul diberikan oleh penjajah, yang menghancurkan empayar zaman nenek moyang orang Melayu terdahulu.

“Saya tidak faham mengapa MCA bersungguh-sungguh mempertahan nama ‘Bukit St Paul’ dan menentang nama ‘Bukit Melaka’. 

“Kembalikan nama tempat-tempat yang diubah oleh penjajah kepada nama-nama asal!,” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ismaweb.net melapotkan, bahawa selain menyokong usul PERZIM menukar nama asalnya, kempen digerakkan oleh Pemuda ISMA itu juga adalah permulaan sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-63 tahun.

Jawatankuasa Gerakan Massa Pemuda ISMA, Mohd Soufi Anual berkata, kempen yang dilancarkan bermula hari ini akan berlangsung sepanjang Ogos sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September nanti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button