Berita Utama

Tindakan tegas ke atas anggota polis lindungi kegiatan haram

Jika bersalah akan dihadap ke jawatankuasa disiplin untuk tindakan

KUALA LUMPUR, 20 Zulhijjah 1441H, Isnin – Kementerian Dalam Negeri memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana anggota polis yang terbukti terlibat dalam melindungi pihak yang menjalani kegiatan haram, yang jelas melanggar undang-undang.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, mereka akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin dan diambil tindakan yang sewajarnya.

“Tindakan tegas bukan sahaja akan diambil kepada mereka yang melakukan jenayah itu sebaliknya kepada anggota polis yang ada di situ.

“Kalau betul (siasatan mendapati) mereka terbabit (melindungi kegiatan haram) maka kita akan bawa ke jawatankuasa disiplin itu tindakan undang-undang,” katanya seperti dipetik Astro Awani, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah turut menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bersama-sama polis bagi memastikan tidak ada sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang seperti perjudian dan perniagaan haram berjalan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menasihati orang ramaiu supaya melaporkan kegiatan seumpama itu kepada pihak penguat kuasa atau Kementerian Dalam Negeri secara terus dan bukan menyebarkan di laman media kerana tindakan itu boleh mengundang bahaya.

Sebelum ini, satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsi akaun Asri yang dikenali sebagai Asri Janggut mengenai tindakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh menjadi tular di media sosial.

Susulan laporan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan polis telah membuka kertas siasatan serta akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close