Berita Utama

7 maut nahas di Simpang Pulai

Tiga lagi cedera babitkan dua kanak-kanak, seorang lelaki dewasa

IPOH, 21 Zulhijjah 1441H, Selasa – Tujuh maut, manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, petang ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.55 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi.

Katanya, tujuh yang maut terdiri daripada lima orang dewasa termasuk tiga wanita serta dua kanak-kanak lelaki.

“Tiga mangsa yang cedera pula terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Operasi menyelamat sedang dijalankan dan maklumat terperinci akan dimaklumkan kemudian. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button