Dunia

Berang dibedil roket Hamas, Israel tutup lintasan Kerem Shalom

Ditutup kepada semua, kecuali bantuan kemanusiaan, bahan api

GAZA, 21 Zulhijjah 1441H, Selasa – Rejim pengganas Israel menutup lintasan Kerem Shalom – laluan komersial utama Gaza – dipercayai sebagai tindak balas terhadap pejuang Hamas.

Israel menutup jalan Kerem Shalom di Gaza untuk semua pihak, kecuali bantuan kemanusiaan dan bahan api. 

Tindakan rejim itu adalah tindak balas terhadap serangan roket Hamas dan belon bahan api yang dilancarkan penduduk di Selatan wilayah itu. 

“Penutupan itu dibuat kerana serangan belon bahan bakar dari Semenanjung Gaza ke Israel,” kata pejabat Koordinator Kegiatan Pemerintah di Wilayah (COGAT). 

Kerem Shalom adalah lintasan komersial utama Gaza dan tindakan penutupannya sering kali menjadi tanda meningkatnya ketegangan dengan Hamas. 

Sejak 2007, Gaza telah berada di bawah kepungan haram Israel dan sekatan itu telah menyebabkan penurunan taraf hidup rakyat Palestin.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close