Berita UtamaPendapat

Kegembiraan di Constantinople, penderitaan di Timur

Sejarah dilihat keseluruhan supaya banyak pengajaran diperoleh

TANGGAL 29 Mei 1453 merupakan tarikh bersejarah bagi umat Islam seluruh dunia dengan kejatuhan Constantinople. Sebelum tarikh keramat ini Kota Constantinople ini terkenal dengan sebuah gereja Hagia Sophia.

Gereja ini merupakan pusat agama krsitian yang amat dibanggakan oleh penganut agama Kristian seluruh dunia terutamanya Eropah. Beberapa misi serangan telah dilakukan umat Islam bermula zaman awal Islam lagi sehingga zaman kerajaan Othmaniah Turki.

Alhamdulillah kemenangan telah menyebelahi umat Islam. Sejarah perlu dilihat secara keseluruhannya kesan kepada umat ini supaya kitarannya banyak pengajaran yang kita perolehi.

Kebencian tentera salib Kristian semakin memuncak apabila kejatuhan gereja Hagia Sophia ke tangan Sultan Al Fateh. Di sana terdapat banyak negara Islam di sebelah Timur yang bernaung di bawah kerajaan Othmaniah.

Islam sudah bertapak di sebelah Timur. Dengan kejatuhan Constantinople, tentera salib mula bergerak ke Timur. Kalau dilihat pada tarikh kita akan dapati Sepanyol telah memasuki Philipina pada tahun 1565. Belanda telah berada di Indonesia pada tahun 1596 dan Portugis berada di Melaka pada tahun 1511.

Negara Barat menjajah negara-negara Islam di Timur adalah misi salib yang berkobar-kobar setelah kejatuhan Hagia Sophia.

Apa yang menyedihkan ialah kalau kita mengkaji teks teks sejarah hampir keseluruhannya menyatakan kedatangan negara-negara Barat ke Timur misi utama mereka adalah perebutan perdagangan rempah tanpa kita meneliti siapa mereka.

Ini yang kita belajar dulu dan anak-anak cucu kita di sekolah sehingga sekarang. Bahkan teks-teks sejarah di negara jiran Indonesia pun menyatakan perkara yang sama. Perdagangan rempah adalah misi utama kedatangan Barat ke Timur.

Mereka datang adalah misi salib. Dendam mereka terhadap umat Islam semakin membara. Misi ke Timur adalah misi salib. Angkatan mereka bersama dengan paderi-paderi Kristian. Perebutan rempah hanya sampingan dalam misi mereka. Penjajah Kristian berada di Timur antara 350 tahun sehingga 450 tahun silih berganti. Perlu dingat bahawa kedatangan penjajah Barat ke Timur adalah misi salib yang akan berterusan hingga akhir zaman.

Alhamdulilah pada Jumaat 24 Julai 2020 Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia, satu daripada keajaiban seni bina dunia, akan dibuka semula kepada umat Islam sebagai masjid.

Bagaimanapun, pengisytiharan itu yang dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki menarik balik status monumen itu sebagai muzium, menimbulkan kemarahan masyarakat Kristian dan negara jiran, Greece.

Dalam ucapannya, Erdogan berkata, solat pertama di Hagia Sophia akan berlangsung pada 24 Julai.

Dengan izin Tuhan, kita akan bersolat Jumaat bersama pada 24 Julai dan membuka semula Hagia Sophia kepada penganut Muslim.

“Seperti masjid yang lain, pintu Hagia Sophia juga akan dibuka luas kepada penduduk tempatan serta warga asing, Muslim dan bukan Muslim,” katanya yang memberi jaminan itu seperti dilapor AFP.

Erdogan dalam pada itu, mendesak supaya semua pihak menghormati keputusan Turki dan menegaskan isu berhubung apa fungsi Hagia Sophia adalah berkait kedaulatan negara terbabit.

Tapak bersejarah warisan dunia yang diiktiraf Unesco itu, tarikan pelancong seluruh dunia dan pertama kali dibina sebagai Katedral Kristian pada empayar Byzantine, sebelum ditukar kepada masjid selepas penaklukan Uthmaniah pada 1453 serta muzium pada 1934.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Negeri Kelantan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button