Pendapat

Khalifah Umar melindungi hak pengadu

Beliau terbuka dengar aduan rakyat tentang sesuatu kezaliman

1. MENURUT Dr Ali al-Salabi, Khalifah Umar Abdul Aziz dikatakan pernah menulis iklan kepada rakyat bahawa barang siapa yang datang menceritakan kezaliman atau kesusahan yang berlaku di sisi rakyat, maka dia akan diberikan ganjaran kerana memberikan maklumat tentang kesukaran yang dihadapi oleh rakyat.

2. Perhatikan bagaimana Umar Abdul Aziz membuka ruang komunikasi antara rakyat dengan pemerintah. Perkara ini dinukilkan dalam suratnya yang menyebutkan:

فأيما رجل قدم إلينا في رد مظلمة أو أمر يصلح الله به خاصاً أو عاماً من أمر الدين، فله ما بين مائة دينار إلى ثلاثمائة بقدر ما يرى الحسبة

“Dan mana-mana lelaki yang tampil kepada kami mendedahkan tentang kezaliman (yang berlaku) atau perkara yang perlu diislah (diperbaiki) tidak kira samada perkara khusus atau umum tentang urusan agama ini, maka dia akan diberikan anugerah 100 dinar ke 300 dinar bergantung kepada apa yang difikirkan munasabah oleh Jabatan Hisbah. (Dr. Ali al-Salabi, al-Khalifah al-Rasyid wa al-Muslih al-Kabir Umar Abdul Aziz, 2009)

3. Inilah sikap keadilan yang cuba dibawa oleh Khalifah Umar Abdul Aziz suatu ketika dahulu. Beliau bersikap terbuka dalam mendengar aduan rakyat bahkan membuka ruang aduan untuk rakyat menyuarakan kezaliman yang berlaku.

4. Tahniah diucapkan kepada pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador yang sudi menerima lawatan Abang Burger semalam dalam menangani isu yang tular baru-baru ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close