Berita UtamaDunia

Russia negara pertama luluskan vaksin COVID-19

Sukarelawan diuji vaksin kebal terhadap wabak: Putin

MOSCOW, 21 Zulhijjah 1441H, Selasa – Russia menjadi negara pertama di dunia meluluskan vaksin pandemik COVID-19 – yang kini merekodkan jangkitan lebih daripada 20 juta kes.

Presiden Vladimir Putin pada Selasa berkata, vaksin yang dihasilkan oleh Pusat Penyelidikan Nasional Gamaleya itu mendapat kelulusan rasmi dengan Kementerian Kesihatan Russia.

Putin berkata, ujian vaksin telah menunjukkan hasil positif apabila semua sukarelawan didapati kebal terhadap wabak berkenaan.

Beliau berkata, vaksin berkenaan selamat digunakan, bahkan turut diberikan kepada salah seorang anak perempuannya.

“Saya yakin fungsi vaksin cukup berkesan, membentuk kekebalan yang kuat, kita sudah jalani semua ujian yang diperlukan,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Nasional Gamaleya Pusat Alexander Gintzburg berkata, vaksin berkenaan adalah berdasarkan adenovirus dan mengandungi zarah COVID-19 mati yang tidak dapat membiak serta selamat.

Bagaimanapun, katanya, virus itu tidak dapat mengenal pasti tindak balas imun seperti suhu tinggi ke atas bahan asing.

Vaksin berkenaan dijangka akan dikeluarkan secara besar-besaran bermula Oktober 2020.

Sejak mula muncul di Wuhan, China pada bulan Disembar lalu, COVID-19 telah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan jangkitan paling banyak disahkan iaitu 5.09 juta, diikuti Brazil dengan lebih dari tiga juta kes dan India dengan 2.27 juta kes, menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins AS.

Setakat ini, Russia mencatatkan sebanyak 891,000 kes jangkitan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close