Berita Utama
Trump diiring ejen rahsia susulan insiden tembakan di Rumah Putih
Kejadian berlaku di luar Rumah Putih berhampiran Dataran Lafayette

WASHINGTON, 21 Zulhijjah 1441H, Selasa – Presiden Donald Trump terpaksa diiring ejen Perkhidmatan Rahsia semasa meninggalkan sesi taklimat mengenai COVID-19 yang sedang berlangsung, berikutan insiden tembakan di luar Rumah Putih pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.
“Ada kejadian tembakan dan seseorang telah dibawa ke hospital. Saya tidak tahu keadaannya,” kata Trump.
“Nampaknya keadaan dapat dikawal dengan baik,” kata Trump.
Tiada orang lain yang cedera, katanya yang diiringi dan dibawa ke Pejabat Oval.
Seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu CNN kejadian berlaku di luar perkarangan Rumah Putih berhampiran dengan Dataran Lafayette dan suspek kini ditahan. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.