Berita UtamaDunia

Boeing hilang 43 lagi pesanan pesawat pada Julai

Pernah capai rekod 806 pesawat terjual, kini hanya 74 pesawat dihantar

NEW YORK, 22 Zulhijjah 1441H, Rabu – Syarikat Boeing kehilangan 43 pesanan lagi untuk pesawat 737 MAX pada bulan Julai, menjadikan jumlah pembatalan jet tahun ini kepada 398.

Berdasarkan piawaian perakaunan yang lebih ketat, Boeing mengatakan pembatalan pesanan kini mencapai 857 untuk MAX, sejak berlakunya dua kemalangan maut pada Oktober 2018 dan Mac 2019. 

Agensi berita melaporkan, syarikat pengeluar pesawat di Amerika Syarikat (AS) itu hanya akan menghantar empat pesawatnya yang lain kepada pelanggan yang sudah menempah.

Empat penghantaran – masing-masing 767 dan 777 kapal angkut dan dua 787 Dreamliner – turun berbanding 19 pesanan tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pesanan hanya 74 pesawat tahun ini.  

Sedangkan pada tahun 2018, Boeing merekodkan sebanyak 806 pesawat dihantar, sebelum krisis 737 MAX meletus.

Syarikat penerbangan membayar sebahagian besar harga pembelian ketika mereka mengambil kapal terbang, jadi kekurangan pengiriman secara langsung mempengaruhi pendapatan mereka.

Pembatalan 737 MAX baru bulan lalu dilakukan oleh Canada Jetlines, yang membatalkan lima pesanan, Avolon membatalkan dua pesanan dan pelanggan jet perniagaan membatalkan satu pesanan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button