Berita Utama

Bukit Melaka: Contohi perjuangan Turki tukar fungsi Hagia Sophia

Tanah dipijak serta langit dijunjung punyai identiti watan tersendiri

BANGI, 22 Zulhijjah 1441H, Rabu – Tindakan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), yang bercadang menukar nama Bukit St Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka adalah wajar.

Ketua Angkatan Pemuda Pemudi Parti BERJASA, Hazwan Mohamad menganggap perkara itu menyerupai ketegasan kerajaan Turki di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdoğan – yang berkeras dengan agendanya untuk mengembalikan semula Hagia Sophia, meskipun berhadapan dengan kecaman daripada pelbagai pertubuhan antarabangsa.

“Itu beza bila kita ada pemimpin yang berjiwa besar. Yang sedar betapa tanah yang dipijak serta langit yang dijunjung punyai identiti watannya yang tersendiri.

“Bahkan bukan sahaja sedar hakikat itu, malah sanggup memperjuangkan apa yang sudah hilang kini. Semoga Allah menunjukkan jalan buat rakyat Malaysia untuk mengangkat pemimpin yang berjiwa besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, PERZIM bercadang menukar nama Bukit St Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka.

Pengurus Besarnya, Mohd Nasruddin Rahman berkata, usul berkenaan dibuat bagi mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan yang pada awalnya milik kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Tidak berpuas hati dengan cadangan itu, MCA Kota Melaka bertindak membantah sebarang percubaan untuk menukar nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka.

Naib pengerusinya, Datuk Ronald Gan berkata, Bukit St Paul harus kekal seperti yang telah diketahui selama ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button