Berita Utama

Judi: Ambil mudah isu keselamatan, punca rakyat diam diri

Pemberi maklumat perlu dilindungi oleh pihak berkuasa daripada ancaman

BANGI, 22 Zulhijjah 1441H, Rabu – Lebih ramai rakyat akan berani tampil untuk membantu serta memberikan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya keselamatan mereka benar-benar dijamin.

Demikian tegas Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Sehubungan itu, beliau berharap, kerajaan dapat memastikan bahawa pihak yang tampil membuat aduan selamat daripada ancaman mana-mana pihak yang mempunyai niat tidak baik.

“Pemberi maklumat perlu dilindungi terutama daripada tauke judi, gangster upahan dan segelintir kecil anggota keselamatan yang rosak ‘disuap rasuah’.

“Saya yakin lebih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang akan keluar ke hadapan membantu kerajaan dan pihak berkuasa bagi membanteras pelbagai kegiatan haram yang ditaja oleh taikun judi termasuklah perjudian pelacuran, pengedaran dadah, pemalsuan dokumen identiti pengenalan dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Prof Zainur turut mengucapkan tahniah kepada pengasas Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyokong usaha untuk mendaulatkan kebenaran dan menyuburkan integriti di negara tercinta.

“Keberanian Mohd Asri membongkar salah laku pihak yang menyalahgunakan kuasa seharusnya dipuji dan disokong,” katanya.

Semalam, seorang lagi pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan bagi membantu siasatan menerima rasuah dan melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, petang ini.

Tangkapan terbaharu itu tahanan SPRM sudah menjadi empat pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang warga asing keturunan Acheh, hasil siasatan sejak jam 9 pagi semalam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button