Pendapat

Kejelikan skrip drama orang liberal

Adakah golongan liberal bersikap double standard, hipokrit?

1. SEORANG wartawan MalayMail telah menegur Menteri Agama yang ingin memperjuangkan RUU 355. Menteri Agama dalam kenyataannya sebelum ini berhasrat agar RUU355 ini dapat direalisasikan sebelum beliau meninggal. Ini kerana, pemerkasaan RUU ini dilihat selaras dengan kehendak syarak.

2. Wartawan tersebut memetik nama Menteri Agama (tag) dan menyifatkan pemerkasaan undang-undang Syariah sebagai terlalu keras terhadap pesalah syariah (to enact harsher punishments for Shariah criminal offences).

3. Apabila Menteri Agama memberikan penjelasan dan menegur wartawan liberal tersebut, dia terus sentap dan memainkan kad mangsa (playing the victim card / self-victimization), seolah-olah ingin menggambarkan dirinnya telah diganggu (harassment) oleh Menteri Agama. Malah dia mengatakan seorang Menteri tidak sepatutnya bertindak sedemikian (This is not how a minister behaves.).

4. Adakah ini skrip drama golongan ekstrimis Liberal? Mereka menuduh pemerkasaan undang-undang Syariah sebagai keras dan mengganggu hak asasi kemanusiaan. Apabila Menteri Agama menegur mereka, mereka kata mereka telah diganggu.

5. Perhatikan logik mereka. Apabila mereka menegur Menteri Agama ia bukanlah satu kesalahan. Tetapi apabila Menteri Agama pula yang menegur, mereka melihatnya sebagai satu kesalahan. Adakah golongan Liberal bersikap double standard dan hipokrit?

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close