Berita Utama

PDRM umum pertukaran 7 pegawai kanan berkuat kuasa 14 September

SAC Aida sebagai Ketua Penolong Pengarah E7, Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 22 Zulhijjah 1441H, Rabu – Ketua Cawangan Khas Johor SAC Ahmad Ramdzan Daud antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 14 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ahmad Ramdzan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Pertukaran lain antaranya membabitkan Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Aida Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman.

Ketua Cawangan Khas Kelantan ACP Jalaludin Hamid pula dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Johor bagi menggantikan Ahmad Ramdzan dengan memangku pangkat SAC.

Selain itu, Timbalan Ketua Staff Perisikan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri (KDN) ACP Mat Zaki Md Zain dilantik menjadi Ketua Staf Perisikan, ESSCom KDN dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran lain turut menyaksikan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi), Johor ACP Kamal Faizul Mohd Zain yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Kolaborasi Bersepadu, Bahagian Kepolisan Komuniti, JPJKK, Bukit Aman.

Asmawati berkata, Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) Pahang ACP Nor Fazid Ahmad dilantik ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran lain turut membabitkan Supt Pengajian Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Supt Rosli Dahlan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Operasi), Johor yang memangku pangkat ACP. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button