Berita UtamaPendapat

Tangkap sama jerung ultra kiasu pemberi rasuah

Jangan hanya tangkap penguatkuasa dan ikan bilis

SELALU kedengaran penerima rasuah ditangkap dan dimalukan. Pemberi rasuah bagaimana? Takkan nak dibiarkan begitu sahaja?

Sepatutnya yang pemberi itulah yang patut dikenakan tindakan yang lebih keras. Tidak ada pemberi, tidak ada penerima, walaupun kedua-duanya melakukan kesalahan dan pengkhianatan kepada negara.

Isu judi, mesin judi, pelacuran, arak, kelab malam dan lain-lain kegiatan haram ini, bukan isu baharu. Tetapi telah bersarang berpuluh-puluh tahun, tidak dikenakan sebarang tindakan.

Bukan sahaja isu judi, tetapi juga gerai-gerai haram.

Kelihatan, gerai-gerai ‘haram’ Indonesia, tidak dikenakan tindakan kerana di gerai ini selalu dapat makan ‘free’ dan ada habuannya tiap-tiap bulan kepada penguatkuasa.

Tetapi bila gerai-gerai penduduk tempatan yang juga ‘haram’, cepat sahaja dikenakan tindakan.

Ada yang sengaja datang, untuk ‘test market’ untuk dapat makan ‘free’ ke tidak?

Bila datang ke gerai Melayu, tidak dapat makan ‘free’ atau habuan bulanan, maka tindakan akan dikenakan. Sebab itu, kadang kala kita lihat ada ‘double standard’ dalam tindakan.

Saya harap, siasatan dapat dilakukan secara menyeluruh. Jangan hanya ikan bilis yang ditangkap, tetapi jerung-jerung ultra kiasu jangan dibiarkan terlepas. Ini kerana jerung-jerung inilah yang menjadi punca segalaya.

Bukan sahaja di kawasan Shah Alam, tetapi semua kawasan panas terutama kawasan bandar, terutama kawasan dikuasai ultra kiasu.

Saya tidak boleh bayangkan jika utra kiasu menguasai bandar jika desakan mengadakan pilihan raya tempatan (PBT) berjaya diadakan.

Nasib baiklah kerajaan yang diketuai oleh Perikatan Nasional (PN) menangguhkan (mungkin membatalkan) PBT ini.

Jika tidak, berpestalah, segala maksiat, judi, arak, kelab malam dan segala pusat maksiat yang mengundang bala Allah SWT.

Jerung-jerung ultra kiasu ini kaya seumur hidup dengan perniagaan haram, penguatkuasa merana seumur hidup bersubahat dengan rezeki haram dan tindakan yang dikenakan.

Semoga peristiwa ini membuka mata semua pihak. Batalkan lesen atau jangan lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan, pusat maksiat dan segala pusat yang mengundang murka Pencipta Yang Maha Esa.

Bertegaslah mulai sekarang dengan pendedahan ini. Jangan biarkan maksiat bermaharajalela lagi, kerana kita tidak tahu bilakah bala Allah akan menimpa.

Kepada penguatkuasa yang menerima rasuah dan masih terlepas. Bertaubatlah sebelum terlambat. Jalankan tugas dengan penuh integriti, takut kepada Allah.

Yang kamu dapat hasil haram itu terlalu kecil, berbanding dengan jerung-jerung ultra kiasu yang telah kaya seumur hidup.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button