Dunia

Kes COVID-19 menurun, Turki rancang buka sekolah

Sasar kes harian turun bawah 900 untuk laksana Pelan A

ANKARA, 8 Zulhijjah 1441H, Rabu – Turki merancang untuk membuka semula sekolah di seluruh negara mulai 31 Ogos ini, setelah menjangkakan keadaan kes jangkitan COVID-19 yang semakin rendah dan terkawal. 

Guru dan kakitangan pentadbiran sekolah sedang menyiapkan langkah keselamatan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan. 

Difahamkan, kerajaan menyasarkan jangkitan harian perlu menurun bawah 900 untuk membolehkan pelaksanaan yang disebut sebagai Pelan A itu. 

Sejak Mac lalu, semua sekolah mengubah proses pembelajaran jarak jauh apabila Turki mula mengesan kes pertamanya dan mula melaksanakan kawalan pergerakan. 

Sebahagian besar ekonomi dibuka semula pada 1 Jun, setelah penggal persekolahan berakhir, namun penggunaan pelitup muka dan langkah keselamatan lain masih diwajibkan di tempat awam.

Sumber kerajaan mendakwa, jika jumlah kes berkurang, semua sekolah akan dibuka semula kecuali di daerah yang masih merekodkan kes jangkitan tinggi. 

Separuh daripada hampir 230,000 kes dengan 5,600 kematian di Turki, berlaku di bandar terbesarnya, Istanbul.

Susulan kes pandemik itu, ekonomi Turki hampir mengalami kemerosotan pada suku kedua dan dijangka menyusut tahun ini.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button