Berita Utama
Israel bom kedudukan Hamas di Gaza
Sebagai tindak balas serangan belon api dilancarkan ke Israel
GAZA CITY, 23 Zulhijjah 1441H, Khamis – Tentera Israel mengebom kedudukan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Pesawat perang Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.
Tiada korban jiwa dilaporkan memetik Kementerian Kesihatan Palestin.
Pegawai Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap beberapa belon api yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke atas Israel. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.