Berita UtamaDunia

Israel ugut henti hantar bahan api ke Gaza

Penduduk di wilayah dikepung hanya dapat bekalan elektrik 6 jam sehari

GAZA, 23 Zulhijjah 1441H, Khamis – Negara pengganas Israel akan menghentikan penghantaran bahan bakar ke Gaza sebagai tindak balas kepada penduduk Palestin di wilayah itu yang melancarkan belon api sekali gus membakar kawasan pertanian di sempadan Israel.

Warga Palestin di Gaza yang ditadbir Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) kebelakangan ini melancarkan puluhan belon berisi gas helium yang penuh dengan bahan pembakar dalam usaha menekan Israel meredakan sekatan di Semenanjung serta membenarkan projek ekonomi baharu.

Israel yang memetik ancaman keselamatan dari Hamas untuk sekatan darat dan laut, sebelum ini membalas dengan menutup persimpangan komersial utama Semenanjung dan menyerang kemudahan tentera Hamas dengan pesawat perang, helikopter dan kereta kebal.

Meningkatkan langkah pada hari ini, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz mengarahkan penghentian untuk mengimport bahan bakar ke Gaza.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan tindakan itu sebagai agresif yang bertujuan memburukkan lagi krisis rakyat di Semenanjung Gaza yang disekat.

Kawasan persisiran pantai Mediterranean bergantung pada Israel untuk sebahagian besar bahan bakar dan gas.

Pegawai syarikat pengedaran kuasa utama Gaza, Mohammad Thabet berkata, penghentian penggunaan bahan bakar boleh mematikan satu-satunya loji janakuasa di wilayah itu dan menyebabkan pemotongan elektrik untuk isi rumah dan perniagaan.

Penduduk Palestin di Gaza ketika ini mendapat elektrik selama enam jam diikuti dengan pemadaman elektrik selama 10 jam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button