Dunia

Pemimpin Ikhwan Muslimin Essam El-Erian meninggal dunia

Peguam sahkan Essam mengalami serangan jantung di penjara Tora

KAHERAH, 23 Zulhijjah 1441H, Khamis – Pemimpin terkenal gerakan Ikhwan Muslimin, Essam El-Erian dilaporkan meninggal dunia hari ini di Penjara Scorpion, selatan Kaherah pada usia 66 tahun, lapor Middle East Monitor (MEMO).

MEMO yang memetik media tempatan melaporkan, Essam meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung di sel penjara Tora – yang juga dikenali sebagai Penjara Scorpion. 

Menurut peguam Essam, pihak berkuasa memaklumkan bahawa kematian anak guamnya adalah disebabkan kematian mengejut. 

Peguam memberitahu, pihaknya dan keluarga Essam tidak dapat melawatnya sejak enam bulan lalu, selepas pihak berkuasa menangguhkan lawatan penjara sebagai langkah membendung penularan COVID-19. 

Essam memegang banyak jawatan dalam Ikhwan Muslimin, termasuk Naib Pengerusi sayap politik kumpulan itu, sebelum ditangkap berikutan rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi pada Julai 2013.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas penggulingan Morsi. 

Organisasi hak asasi manusia mengesahkan semua tuduhan terhadapnya dipolitikkan dan cara balas dendam ke atas bekas pegawai yang enggan menerima rampasan kuasa terhadap Morsi.-   Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close